Klik kat sini

Isnin, 3 November 2014

Sarapan Nasi Lemak

Salam semua...

Hari ni korang semua sarapan apa???

Zara sarapan nasi lemak yang mama belikan. Siap pesan kat mak cik yang jual 2 jangan letak sambal sebab zara tak makan sambal..

Nie gambar zara otw nak g umah opah.





Bukan main seronok dapat bawak bekal nasi lemak. Siap tak nak letak nak pegang jer takot orang ambik dia punya sarapan.


Bila si gadis dah pandai memilih

Salam semua...

Rindu zara x? Lama dah rasanya tak updated blog bukan ape sejak 2 menjak nie mama zara balik keje selalu rasa penat tue yang blog zara terabai cikit 2..

Berbalik pada tajuk kat atas cerita nie terjadi semalam semasa mama dan ayah zara bawak zara pergi jalan jalan makan angin...hehehe

Seronok sangat sebab dapat mengabiskan masa dengan mama dan ayah bukan selalu dapat macam nie sebab ayah kerja tiga minggu sekali baru cuti.Masa ayah cuti lah harus diisi dengan perbagai aktiviti dari shopping, jalan jalan serta mengabiskan duit ayah..hehe

Hampir 5 jam setengah kami melepak kat shopping mall dari dataran pahlawan ke mahkota ke dataran balik pastu pergi shopping kat H&M Hatten hotel.

Zara dapat 2 helai t-shirt 1 dari mama 1 lagi dari ayah. Nasib zara memang baik sebab time shopping memang ada sale sebab sehelai jatuh harga rm14.90.

kalau boleh semua saya nak..

yang nie pun cantik



Kalau boleh semua baju, seluar, kasut dan lain lain yang ada daldalam kedai nie zara nak sebab semua cantik dan harga pun berpatutan mampu kot mama dan ayah belikan.

Ayah dah janji raya taun depan nak belikan zara baju raya kat sini. Tak sabar nak tunggu raya tahun depan..hehe

Jumaat, 17 Oktober 2014

Zara Nak makan sendiri dah sekarang

Salam Semua...

Alhamdulillah sekarang zara dah nak masuk 1 tahun 5 bulan dah pandai nak makan tapi biasa la budak2 makan mesti terabur.

Kita sebagai mak2 nie kena la bersabar sikit yang penting anak kita telah melangkah satu lagi kemajuan untuk diri dia sendiri.

Kita seharusnya menyokong untuk membiarkan mereka mencuba untuk makan dengan sendiri baru la mereka boleh berdikari dengan sendiri jangan tak nak rumah bersepah sampai sanggup tak bagi anak makan sendiri atau malas nak kemas 2 3 kali. 

Walaupun zara makan bersepah tapi mama tetap bangga sebab anak mama dah pandai nak makan sendiri.

 
Tangan sape 2

zara makan

makan lagi

dan lagi..hehe

Mimpi air


salam semua...

Semalam masa sampai opis tiba-tiba teringat malam tadi ada mimpi pasal air. Orang tua2 kata if kita mimpi air maksud dia mendapat kesenangan tak kita dari segi kesihatan ke, kedudukan ke, or kewangan kita...

Harap2 dalam masa terdekat nie ada la berita baik yang saya akan dapat... Amin mudah-mudahan atas keizinan Allah Mana la tahu Allah nak turunkan rezeki  kat hamba dia siapa yang tahu tapi if mimpi 2 sekadar mainan tido saya redha dan mungkin belum rezeki saya tok mendapatkan apa yang belum saya dapat.




Khamis, 16 Oktober 2014

Akhirnya ada internet sendiri kat rumak

Gambar dari google
Semalam baru daftar Yes 4g wifi untuk kegunaan dirumah.

Rasa rugi lak tak daftar bulan lepas sebab dorang ade buat promosi bulanan baru rm79 sahaja dan sekarang harga dah naik menjadi rm89.

Walaupun kenaikan hanya rm10 tapi dengan rm10 boleh beli macam2 gak apa.

Contoh boleh beli milo 400g n susu setin tahan sebulan tok umah saya.

Prometer 2 cakap harga yes 4g boleh naik lagi bila2 masa. So siapa yang nak apply yes 4g boleh apply sekarang sebelum harga naik lagi...

So far kawasan umah saya dapat coverage yang kuat. Mintak2 tak ada masalah pada masa handapan la.. Pas ini boleh la update blog selalu sebab dah tak de alasan kota xcukup la internet lembab la.

Mandi pantai port dickson

sebelum balik melaka jom kita g mandi pantai baru la afdal datang port dickson kalo tak mandi macam tak lengkap percutian kita.

Agak lewat gak la kitorang g pantai sebab tunggu sorang-sorang nak siap almaklum la g dengan family memang macam ini.

Siapa family sorang anak cepat la siap siapa yang anak ramai lambat la sikit.

Sebelum g pantai wajib sarapan dulu bagi perut kenyang nati xmo la meragam ke apa... Lagi2 budak budak mana la tahan lapar macam orang dewasa.

Hampir pukul 10.30 pagi baru kitorang bergerak ke pantai telok kemang bukan main ramai lagi orang walaupun nak dekat tengahari akan tetapi ramai orang jangan cakap la..

Sebelum kitorang terus ke pantai singgah dulu kat kedai uang jual pelampung untuk kanak2. Dari 1 kedai ke 1 kedai bukan main mahal lagi 1 pelampung kanak2 rm20 pastu
tak boleh kurang pulak 2. Tak nak bagi kurang kitorang g kedai lain dan akhirnya dapat gak 1 kedai yang bagi harga yang boleh bagi diskaun iaitu 1 pelampung rm13 jer. Dapat gak zara pelampung.

Jom kita tengok gambar yang sempat dirakam semasa hari kejadian

budak tak sabar nak mandi laut

tengok apa 2 zara

kita tersepit la abg wafri

tak roboh konopi 2 atuk

bukan main masam lagi kak aina

mama yang bulat

mak lang dan nenek

kelaparan pas mandi

kenapa 2 zara

kena tanam dengan busu dan ayah chik

zara tengok mane 2

abg wafri lak kena tanam

turn kak mia lak

Rabu, 15 Oktober 2014

Mandi swimming pool

Pada Raya Aidil Adha hari 2, saya 1 family pergi port Dickson selepas mak buat kenduri kesyukuran tetapi husband saya dan kak tak dapat join sebab kena kerja pada hari tersebut.

Kami menginap di tempat penginapan tempat along saya bekerja selama 2hari 1 malam sepatutnya 3 hari 2 malam disebabkan mak nak buat kenduri pada pagi raya terpaksa la percutian kami dipendekkan menjadi 2 hari 1 malam.

Tempat penginapan saya kami duduk ada menyediakan kolam renang, zara suka main air kalau mandi mau berjam dalam bilik air 2 baru umur setahun kalau dah besar tak taw bape lama..

Sampai kat tempat penginapan dah dekat kol 2 ptg dah la panas tak kan nak terus pergi kolam renang lagi pun zara time sampai zara dah tido kita tunggu zara bangun baru gi berenang kat kolam.

tak sabar nak berenang

penyelamat zara iaitu ayah chik

ayah chik dengan kak mia

Semua tengok ape 2

mama yang over dari anak

atuk dan nenek jaga tempat

kak mia tengok ape???

Hampir sejam jugak berendam kat dalam kolam tapi zara tak nak naik seronok la katakan dapat berenang dengan pelampung baru. Boleh dikatakan mahal gak la pelampung kat por dickson nie berbanding dengan kat melaka dan tak semua kedai yang bagi harga diskaun boleh dikatakan semua harga tetap.

Dah nak magrib kita beransur gak tak kan nak mandi sampai magrib kot tak elok tok zara sebab magrib time syaitan berkeliaran. Menangis gak la zara sebab dipaksa naik tapi sekejap jer coz mama umpan dengan biskut terus senyap.