Klik kat sini

Isnin, 3 November 2014

Sarapan Nasi Lemak

Salam semua...

Hari ni korang semua sarapan apa???

Zara sarapan nasi lemak yang mama belikan. Siap pesan kat mak cik yang jual 2 jangan letak sambal sebab zara tak makan sambal..

Nie gambar zara otw nak g umah opah.





Bukan main seronok dapat bawak bekal nasi lemak. Siap tak nak letak nak pegang jer takot orang ambik dia punya sarapan.


Bila si gadis dah pandai memilih

Salam semua...

Rindu zara x? Lama dah rasanya tak updated blog bukan ape sejak 2 menjak nie mama zara balik keje selalu rasa penat tue yang blog zara terabai cikit 2..

Berbalik pada tajuk kat atas cerita nie terjadi semalam semasa mama dan ayah zara bawak zara pergi jalan jalan makan angin...hehehe

Seronok sangat sebab dapat mengabiskan masa dengan mama dan ayah bukan selalu dapat macam nie sebab ayah kerja tiga minggu sekali baru cuti.Masa ayah cuti lah harus diisi dengan perbagai aktiviti dari shopping, jalan jalan serta mengabiskan duit ayah..hehe

Hampir 5 jam setengah kami melepak kat shopping mall dari dataran pahlawan ke mahkota ke dataran balik pastu pergi shopping kat H&M Hatten hotel.

Zara dapat 2 helai t-shirt 1 dari mama 1 lagi dari ayah. Nasib zara memang baik sebab time shopping memang ada sale sebab sehelai jatuh harga rm14.90.

kalau boleh semua saya nak..

yang nie pun cantik



Kalau boleh semua baju, seluar, kasut dan lain lain yang ada daldalam kedai nie zara nak sebab semua cantik dan harga pun berpatutan mampu kot mama dan ayah belikan.

Ayah dah janji raya taun depan nak belikan zara baju raya kat sini. Tak sabar nak tunggu raya tahun depan..hehe

Jumaat, 17 Oktober 2014

Zara Nak makan sendiri dah sekarang

Salam Semua...

Alhamdulillah sekarang zara dah nak masuk 1 tahun 5 bulan dah pandai nak makan tapi biasa la budak2 makan mesti terabur.

Kita sebagai mak2 nie kena la bersabar sikit yang penting anak kita telah melangkah satu lagi kemajuan untuk diri dia sendiri.

Kita seharusnya menyokong untuk membiarkan mereka mencuba untuk makan dengan sendiri baru la mereka boleh berdikari dengan sendiri jangan tak nak rumah bersepah sampai sanggup tak bagi anak makan sendiri atau malas nak kemas 2 3 kali. 

Walaupun zara makan bersepah tapi mama tetap bangga sebab anak mama dah pandai nak makan sendiri.

 
Tangan sape 2

zara makan

makan lagi

dan lagi..hehe

Mimpi air


salam semua...

Semalam masa sampai opis tiba-tiba teringat malam tadi ada mimpi pasal air. Orang tua2 kata if kita mimpi air maksud dia mendapat kesenangan tak kita dari segi kesihatan ke, kedudukan ke, or kewangan kita...

Harap2 dalam masa terdekat nie ada la berita baik yang saya akan dapat... Amin mudah-mudahan atas keizinan Allah Mana la tahu Allah nak turunkan rezeki  kat hamba dia siapa yang tahu tapi if mimpi 2 sekadar mainan tido saya redha dan mungkin belum rezeki saya tok mendapatkan apa yang belum saya dapat.




Khamis, 16 Oktober 2014

Akhirnya ada internet sendiri kat rumak

Gambar dari google
Semalam baru daftar Yes 4g wifi untuk kegunaan dirumah.

Rasa rugi lak tak daftar bulan lepas sebab dorang ade buat promosi bulanan baru rm79 sahaja dan sekarang harga dah naik menjadi rm89.

Walaupun kenaikan hanya rm10 tapi dengan rm10 boleh beli macam2 gak apa.

Contoh boleh beli milo 400g n susu setin tahan sebulan tok umah saya.

Prometer 2 cakap harga yes 4g boleh naik lagi bila2 masa. So siapa yang nak apply yes 4g boleh apply sekarang sebelum harga naik lagi...

So far kawasan umah saya dapat coverage yang kuat. Mintak2 tak ada masalah pada masa handapan la.. Pas ini boleh la update blog selalu sebab dah tak de alasan kota xcukup la internet lembab la.

Mandi pantai port dickson

sebelum balik melaka jom kita g mandi pantai baru la afdal datang port dickson kalo tak mandi macam tak lengkap percutian kita.

Agak lewat gak la kitorang g pantai sebab tunggu sorang-sorang nak siap almaklum la g dengan family memang macam ini.

Siapa family sorang anak cepat la siap siapa yang anak ramai lambat la sikit.

Sebelum g pantai wajib sarapan dulu bagi perut kenyang nati xmo la meragam ke apa... Lagi2 budak budak mana la tahan lapar macam orang dewasa.

Hampir pukul 10.30 pagi baru kitorang bergerak ke pantai telok kemang bukan main ramai lagi orang walaupun nak dekat tengahari akan tetapi ramai orang jangan cakap la..

Sebelum kitorang terus ke pantai singgah dulu kat kedai uang jual pelampung untuk kanak2. Dari 1 kedai ke 1 kedai bukan main mahal lagi 1 pelampung kanak2 rm20 pastu
tak boleh kurang pulak 2. Tak nak bagi kurang kitorang g kedai lain dan akhirnya dapat gak 1 kedai yang bagi harga yang boleh bagi diskaun iaitu 1 pelampung rm13 jer. Dapat gak zara pelampung.

Jom kita tengok gambar yang sempat dirakam semasa hari kejadian

budak tak sabar nak mandi laut

tengok apa 2 zara

kita tersepit la abg wafri

tak roboh konopi 2 atuk

bukan main masam lagi kak aina

mama yang bulat

mak lang dan nenek

kelaparan pas mandi

kenapa 2 zara

kena tanam dengan busu dan ayah chik

zara tengok mane 2

abg wafri lak kena tanam

turn kak mia lak

Rabu, 15 Oktober 2014

Mandi swimming pool

Pada Raya Aidil Adha hari 2, saya 1 family pergi port Dickson selepas mak buat kenduri kesyukuran tetapi husband saya dan kak tak dapat join sebab kena kerja pada hari tersebut.

Kami menginap di tempat penginapan tempat along saya bekerja selama 2hari 1 malam sepatutnya 3 hari 2 malam disebabkan mak nak buat kenduri pada pagi raya terpaksa la percutian kami dipendekkan menjadi 2 hari 1 malam.

Tempat penginapan saya kami duduk ada menyediakan kolam renang, zara suka main air kalau mandi mau berjam dalam bilik air 2 baru umur setahun kalau dah besar tak taw bape lama..

Sampai kat tempat penginapan dah dekat kol 2 ptg dah la panas tak kan nak terus pergi kolam renang lagi pun zara time sampai zara dah tido kita tunggu zara bangun baru gi berenang kat kolam.

tak sabar nak berenang

penyelamat zara iaitu ayah chik

ayah chik dengan kak mia

Semua tengok ape 2

mama yang over dari anak

atuk dan nenek jaga tempat

kak mia tengok ape???

Hampir sejam jugak berendam kat dalam kolam tapi zara tak nak naik seronok la katakan dapat berenang dengan pelampung baru. Boleh dikatakan mahal gak la pelampung kat por dickson nie berbanding dengan kat melaka dan tak semua kedai yang bagi harga diskaun boleh dikatakan semua harga tetap.

Dah nak magrib kita beransur gak tak kan nak mandi sampai magrib kot tak elok tok zara sebab magrib time syaitan berkeliaran. Menangis gak la zara sebab dipaksa naik tapi sekejap jer coz mama umpan dengan biskut terus senyap.

Taman permainan

Salam semua....

Dah seminggu saya tak update blog bukan ape sekarang sibuk dengan hal kerja dan uruskan anak.

Malam ini macam free sikit 2 yang boleh updated tapi ade orang kisah ke saya updated blog or tak.....hehe

Okey berbalik pada tajuk kita taman permainan ini first time kitorg bawak zara ke taman permainan bukan main suka lagi zara. Jom kita tengok gambar zara naik semua permainan yang ada kat taman permainan ini

Buat ape 2 zara
tak boleh nak turun sebab ayah berat sgt..hehe

kesian zara ke cium paksa dengan ayah

tolong saya terkurung..hehehe

ready nak turun gelongsor

Main buaian pulak

mama pun join main buaian sekali




In sya allah kalau ada masa memamg nak bawak zara pergi taman permainan lagi. Walaupun dekat jer taman permainan ini dengan rumah tapi masa amat terhad nak bawak zara. Tunggu ayah keje pagi or malam baru kita pergi lagi erk sayang.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Tak Sihat


Salam semua...

Semalam pas balik keje badan rasa letih sangat + sakit kepala. Sampai nak layan zara pun tak semesra selalu paham2 jer la kalau kita dh sakit memang semua yang kita tengok tak kena jer kat mata.

Tapi sempat gak la saya lipat baju dan tukang kombaukan pun ada siapa lagi kalau bukan zara (buah hati saya). Kita lipat dia kombaukan balik mana la saya tak geram.. Terpaksa la lipat baju cepat2 dan bila nampak zara datang siap saya sembunyikan baju kat belakang badan apa lagi melalak la zara xdapat nak kombaukan baju..

Kitorang pun tido awal semalam, cian ayah zara janji nak gorengkan telor tok ayah makan pas balik keje tapi balik2 tengok isteri dan anak dah tido tak sampai hati nak kejut ayah cakap tengok dua2 sedap nau tido. Terpaksa la ayah makan keropok jer nasib baik ade keropok kalau tak kebulur la ayah sampai pagi esok...


Surah2 amalan untuk ibu mengandung

Surah2 amalan untuk ibu mengandung:
  • Surah Al Fatihah - untuk terangkan hati & kuat daya ingatan
  • Surah Luqman - untuk memperolehi anak cerdik akal dan jiwa.
  • Surah Al Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati (anak)
  • Surah At Tawban - untuk membersihkan jiwa dan memelihara dari maksiat
  • Surah Mariam - memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang soleh
  • Surah Yusuf - untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak
  • Surah Yasin - untuk ketenangan hati & anak jauh dari godaan iblis dan syaitan
  • Surah An Nahl ayat 78 - melahirkan anak yang berdisplin

 Selain tu boleh amalkan doa di bawah
" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Khamis, 2 Oktober 2014

Risau...Sedih...Geram




Sejak kebelakangan nie banyak kes yang melibatkan kanak2 iaitu dera la, bunuh la, tersedak susu dll...
Dimanakah sifat keperimanusiaan dorang terhadap kanak2. Apa perasaan dorang bila perkara nie berlaku kat anak dorang sendiri.

Terbaru bayi 3bulan meninggal dunia kat taska sehingga dihurung semut maknanya dah lama bayi 2 meninggal tapi pengasuh tidak tahu akan kejadian 2. Cuba ambil sikap tanggujawab menjaga bayi tersebut seperti anak kita sendiri. Tidak berkat duit yang kita dapat kalau nie buat kerja sambil lewa jer.

Taska tersebut menjaga 33 kanak2, 9 orang bayi dan hanya 5 orang pengasuh sahaja. Agaknya mampukah 5 orang pengasuh untuk menjaga kesemua kanak2 dan bayi???? Kalau nak kaya pun jangan la memperjudiskan nasib kanak2 dibawah jagaan awak... Tambah la lebih ramai pengasuh untuk menjaga kanak2 tersebut bagi mengelakkan kemalangan nie berlaku lagi.

Jalan2 bersama ayah

Pagi tadi ayah rajin layan zara siap bawak g jalan2 ambik udara segar kat luar uma. Sempat berposing 2 beranak nie tinggalkan mama kat uma untukbersiap pergi keje.

Encem tak ayah zara


Bukan main garang lagi ayah ambik gambar pagi2 yang zara lak say hai kat sape 2 sayang bukan main suka lagi anak dara saya sorang nie.

Tengok mana 2 zara.


Abaikan latar belakang yang xberapa nak comel 2 yer..Bah kata suami saya kira macam seni la baru nampak cantik zara dalam gambar menyerlah gitu..

Dah puas jalan dengan ayah balik uma mintak susu lapar agaknye. Mana x lapar last minum susu malam tadi sebelum tido pastu tak sedar sampai pagi 2 pun pas mama kacau zara tido baru zara nak bangun kalo tak kacau mahu kol 8 pagi tak bangun lak..






Rabu, 1 Oktober 2014

Tips untuk mengelakkan anak batuk dan selsema

Salam semua...

Hari nie saya nak kongsikan tips untuk mengelakkan anak kita dari batuk dan selsema.

Bahan - bahan:
1. Bawang Merah
2.Pisau
3.Papan potong
4.Bekas isi hirisan bawang.

Caranya

1.Potong bawang menjadi hirisan kecil/potong dadu pun boleh
2.Letak kedalam bekas
3.Bekas bawang boleh diletakkan di ruang tamu/bilik tidur @ tempat yang selalu anak kita duduk.

In Sya Allah berhasil..

Selamat Mencuba


Jamuan Perpisahan Bos


Gambar dari Encik google
  
Masuk keje Semalam pagi dapat berita yang bos saya kena pindah ke kilang lagi satu. Sedih jugak la sebab bos saya nie baik orangnya, tak banyak songek dan selalu tolong staff jika staff ade masalah..

Apakan daya jodoh bos saya dengan syarikat kami tak lama tapi bukan jauh pun bos sama pindah ke kilang baru, kalau nak dikirakan tak sampai pun 5 minit dari kilang lama kitorang yag sekarang.

Berbalik pada tajuk saya tadi, hari nie ade 2 kali jamuan untuk bos saya 1 dari staff untuk makan tengahari dan 1 lagi dari operator untuk minum petang. Walaupun ringkas tapi saya rasa memberi makna yang besar kat bos saya. Disebabkan jamuan nie saya dapat jimat duit untuk hari nie dan kenyang sangat saya hari nie.


Selasa, 30 September 2014

Zara tak sihat

Salam semua...


Berkerut dahi zara

Semalam zara xsihat,dia batuk dan banyak lendir. Bila banyak lendir nafas dia berbunyi punya la kuat bunyi dia seriau saya dengar dari nak pergi keje terus lupakan hasrat sebab anak lebih penting dari segalanya.

Dari malam zara tak boleh tido kejap2 bangun. Agaknya dia tsk sedap badan dan asyik batuk jer boleh dikatakan setiap jam jugak la di tersedar dari tido. Mama dia sekali tak boleh tido risau punya pasal. Asyik la sapu Viks kat dada, leher dan belakang badan zara bagi dia lega sikit.

Bangun pagi siap2 nak g klinik tapi sebelum 2 kita sarapan la dulu takut klinik ramai orang kang kebulur lak mama dan ayah zara lak.. Masa sarapan zara okey la masih aktif dan boleh senyum lagi.
Muka ada senyum lagi

Bila dah sampai klinik zara dah letih sangat, tak larat jer muka dia sedih mama tengok anak mama sorang nie. Doktor cakap zara kena jangkitan kuman 2 yang banyak lendir disebabkan udara yang tercemar dari situ la zara dapat jangkitan kuman.

Muka budak  tak sihat

Isnin, 29 September 2014

Permata Hati ku..

salam semua... Hari nie saya nak cerita pasal buah hati saya sorang nie... Bukan main lagi pagi2 dah buat aksi mengoda kat mama dia... Cer tengok gambar kat bawah nie... Bukan main senyum lagi dapat cawan mama dia...


Zara dapat cawan dari mama tapi cawan kosong la... Tak berani nak bagi cawan yang berisi air takot ditumpahkan jer... Dah la duk kat karpet jenuh pulak nak membasuh nati....


Tak puas hati siap diteguk cawan yang kosong... Bukan main lagi diteguk macam ada jer isi dalam cawan 2...Agaknye dapat la kot sisa air susu anlene mama dia....

 Akhirnya dapat jugak zara minum air susu anlene lebihan mama... Buktinya tengok mulut zara comot dengan sisa air susu anlene pastu tunjuk cawan dah kosong...