Klik kat sini

Rabu, 15 Oktober 2014

Mandi swimming pool

Pada Raya Aidil Adha hari 2, saya 1 family pergi port Dickson selepas mak buat kenduri kesyukuran tetapi husband saya dan kak tak dapat join sebab kena kerja pada hari tersebut.

Kami menginap di tempat penginapan tempat along saya bekerja selama 2hari 1 malam sepatutnya 3 hari 2 malam disebabkan mak nak buat kenduri pada pagi raya terpaksa la percutian kami dipendekkan menjadi 2 hari 1 malam.

Tempat penginapan saya kami duduk ada menyediakan kolam renang, zara suka main air kalau mandi mau berjam dalam bilik air 2 baru umur setahun kalau dah besar tak taw bape lama..

Sampai kat tempat penginapan dah dekat kol 2 ptg dah la panas tak kan nak terus pergi kolam renang lagi pun zara time sampai zara dah tido kita tunggu zara bangun baru gi berenang kat kolam.

tak sabar nak berenang

penyelamat zara iaitu ayah chik

ayah chik dengan kak mia

Semua tengok ape 2

mama yang over dari anak

atuk dan nenek jaga tempat

kak mia tengok ape???

Hampir sejam jugak berendam kat dalam kolam tapi zara tak nak naik seronok la katakan dapat berenang dengan pelampung baru. Boleh dikatakan mahal gak la pelampung kat por dickson nie berbanding dengan kat melaka dan tak semua kedai yang bagi harga diskaun boleh dikatakan semua harga tetap.

Dah nak magrib kita beransur gak tak kan nak mandi sampai magrib kot tak elok tok zara sebab magrib time syaitan berkeliaran. Menangis gak la zara sebab dipaksa naik tapi sekejap jer coz mama umpan dengan biskut terus senyap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan