Klik kat sini

Jumaat, 3 Oktober 2014

Tak Sihat


Salam semua...

Semalam pas balik keje badan rasa letih sangat + sakit kepala. Sampai nak layan zara pun tak semesra selalu paham2 jer la kalau kita dh sakit memang semua yang kita tengok tak kena jer kat mata.

Tapi sempat gak la saya lipat baju dan tukang kombaukan pun ada siapa lagi kalau bukan zara (buah hati saya). Kita lipat dia kombaukan balik mana la saya tak geram.. Terpaksa la lipat baju cepat2 dan bila nampak zara datang siap saya sembunyikan baju kat belakang badan apa lagi melalak la zara xdapat nak kombaukan baju..

Kitorang pun tido awal semalam, cian ayah zara janji nak gorengkan telor tok ayah makan pas balik keje tapi balik2 tengok isteri dan anak dah tido tak sampai hati nak kejut ayah cakap tengok dua2 sedap nau tido. Terpaksa la ayah makan keropok jer nasib baik ade keropok kalau tak kebulur la ayah sampai pagi esok...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan